Thursday, 28 August 2014

PENGALAMAN MENGANDUNG ANAK KEDUA PART 1...=)

Assalamu'alaikum pembaca budiman sekalian,

Amboi amboi amboi...lamanya tuanrumah bercuti rehat ye..Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk kembali mencoret dan kembali berkongsi dengan kalian pengalaman hidup dan berkongsi kebaikan tentang produk kesayangan saya dan juga yang lain diluar sana.

Ok, berbalik kepaa tajuk yang saya nak kongsikan hari ini ialah tentang pengalaman mengandung anak kedua saya iaitu MUHAMMAD AMIN HARITH. Haaa..ini lah puncanya saya berehat lama, dok mengusung Amin dalam perut kesana kemari dan pelbagai lagi cerita yang akan saya kongsikan kemudian nanti.
Ni saya versi cartoon heee...=p

Asalnya saya tak menaruh harapan sangat semasa buat pregnancy test untuk kandungan kali ini, maklumlah dah banyak kali kecewa, jadi taknak beriya-iya sangat, period saya memang delay tapi kadang2 itu perkara normal bagi saya sebab tekanan kerja membuatkan saya penat dan kadangkala memang mengganggu hormon. Jadi dipagi Jumaat yang berbahagia pada hari tersebut, sedang saya mengemas-ngemas bilik dibahagian bawah rumah saya, terjumpalah pulak pregnancy test kit dalam almari. Tetibe rasa nak try test kot kot ada rezeki walaupun dalam hati macam 50-50 harapannya. Dipendekkan cerita, punyalah excitednya saya, terkejut, sedih dan bermacam-macam lagi perasaan menjengah pada waktu tu bilamana saya melihat 2 garisan yang jelas muncul pada kit tersebut. Terus saya mengucap syukur dan menangis semahu-mahunya sebab akhirnya doa saya dimakbulkan untuk mengandung buat kali kedua selepas 5 tahun. Seronok tak terkata. Paling penting saya rasa sangat bersyukur padaNYA. Semuanya dariNYA. Saya tak sabar menunggu suami pulang untuk buat seprais pada dia tapi cuaklah pulak sebab tak tak tahu nak susun ayat yang terbaik nak bgtau berita baik ni. Bila suami pulang je dan saya buka pintu terus cakap pada dia..'Abang, Wa pregnant..' sambil tunjuk pregnancy test kit pada dia ditangan saya hihi..ke laut sangat nak buat seprais tu, straight forward sangat ke, patutnya hantarlah kit tu ke office dia by post ke,selit kat bunga and buat delicery ke..ahahaha..itu cari nahas namanya seprais cenggitu..hihi..Mohd Dzaidin puanya reaction time tu pun macam nak tergelak sebab muka dia mcm blur plus teruja. Tapi dia senyum jugak akhirnya sambil ambil kit tu nak buat pengesahan laporan isteri dia ni..hihi..Maka tersenyum sampai ke telingalah kami hari2 lepas tu mengenangkan ada 'ahli baru' yang akan bersama-sama kami tak lama lagi..

Itu cerita debaran pertama, debaran kedua ialah kami nak sahkan kehamilan dengan doktor pulak. So kami ke Klinik Dr. Cheu untuk berjumpa dengan Dr.Noor yang sangat motherly, soft spoken dan sangat menyelesakan bila bertemu beliau. Terasa seperti bercakap dengan ibu tersendiri heee..=)
Bila Dr. Noor scan memang dah nampak ada kantung baby dan dah ada heart beat baby. Alhamdulillah bersyukur sangat2. Tak tahu nak describe perasaan macammana time tu masa tengok baby yang masih kecik coet jek. Segalanya terasa seperti pertama kali. Maklumlah lepas mengandung Aisyah 5 tahun yang lalu baru nak mengandung pulak, maka haruslah over feelingnya tu kan.

Hari berganti hari, saya macam biasa teruja dan gembira. Tak sabar rasa hati ni nak tengok wajah anak kedua saya macam siapa. Over sangatkan, belum sebulan pun dah over gitiew hihi...Ok, part ni yang nak ceritanya..masuk je kandungan saya sebulan lebih, saya mula rasa cepat letih yang melampau, rasa sakit kepala, pening kepala, loya2 dan sakit2 badan semua. Selera makan pun makin turun tapi still boleh makan macam biasa. Tapi tu masa awal2 je. lepas tu memang parah keadaan saya. Seingat-ingat saya bermulaNovember tahun lepas sampailah February tahun ni, keadaan saya macam mayat hidup. Lagsung tak lalu nak makan apa2, minum je boleh itupun milo je, air masak pun saya nak termuntah kalo minum tapi terpaksa minum jugak sikit2 sebab takkan nak minum air manis 24 jam kan.Kepala saya ni berdenyut-denyut tahap tak boleh buka mata tapi bukan migrain. Saya alah pada suami dan anak. Kesian Mohd Dzaidin dan Aisyah terpaksa bersabar dengan kerenah Ummi hee..saya tak boleh dengar suara suami dan anak, rasa rimas. Ni kes yang sama masa mengandungkan Aisyah dulu. So end up saya duk berkurung sorang2 dibilik atas dan suami dan Aisyah duduk dibawah. Makan, tidur semua Aisyah dengan Abi.Ummi tak boleh diusik..heee..Mohd Dzaidin hanya masuk bilik saya untuk hantar makanan jek. Nak berkomunikasi pun thru whatsapp, call memang saya tak larat nak angkat. Yelah, nak bercakap pun xde tenaga. Saya hanya boleh makan nasi lemak Restoran Selera Melayu (orang Miri sure tahu restoran ni)dan roti canai sahaja, yang lain semua tak jalan. Makan je nak muntah, kadang2 ada yang saya bau je pun dah nak termuntah.Benda yang saya teringin nak makan ialah masakan mak saya dan makanan semenanjung. Paling melampau teringin nak makan nasi lemak yang dimasak oleh ustazah masa tadika dulu. Gilos. Mana nak cari tah. Sesuatu sangat wahai cik hawa oi!!

Bukan senang nak jaga orang sakit. Macam saya ni lagilah, salah cakap sikit mulalah nak menangis bagai.Over sensitif betul time tu. Yela mana tak sensitif, badan lemah, perut lapar tapi tak boleh makan, fikiran masa tu bercelaru sebab tak sihat. Saya hanya berbaring sepanjang hari. Kalau bangun pun untuk mandi, solat, baca Al-Qran dan makan. Selebihnya tidur. Bilik tu pun saya tak pasang lampu, tak boleh tengok cahaya lampu rasa nak marah je, kipas pun tak pasang sebab time tu musim hujan. Sejuk gila.Tapi saya memang tabik pada suai saya sebab sabar melayan kerenah isteri dia ni yang macam2 sepanjang tempoh morning sickness saya yang melampau tu. Doktor bagi cuti lama pada saya on top of cuti tahunan yang saya apply. Kiranya hampir 3 bulan saya bercuti dari kerja dan kebetulan memang semester break time tu.Mungkin Allah nak bagi saya rehat time tu sebab before that memang saya letih sangat dengan kerja office dan uruskan businessShaklee saya ni.Memang rehat sungguhlah saya sebab terbaring je. Yang pasti saya tak putus2 berdoa supaya Allah selamatkan dan lindungi kandungan saya walaupun saya sakit macam tu. Risau jugak sebab saya tak lalu makan dan bimbang kurang khasiat yang disalurkan kepaa baby. Berbanding Aisyah dulu, saya minum susu dan makan supplimen dengan rajinnya. Tapi untuk Amin, saya tak boleh nak bau susu dan ESP. Bau suppliment pun rasa nak termuntah. Tapi saya tak skip terus. Bila saya rasa ada kekuatan saya akan cuba jugak makan suppliment dan memang terasa perbezaannya pada badan bila kita ambil suppliment ni.Jadi untuk cerita2 mengandung lagi saya akan sambung lepas ni. anyak lagi yang saya nak kongsikan dengan pembaca semua.Tunggu tau. Okes, sebelum saya akhiri celoteh saya, bagi sesiapa yang berminat nak order set hamil Shaklee, bolehlah contact saya untuk maklumat lanjut. Set hamil Shaklee yang lengkap dengan pelbagai nutrisi dan khasiat untuk ibu2 mengandung adalah seperti berikut:

Pengedar Shaklee Miri Sarawak
Set Hamil Shaklee




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee Miri Sarawak, Brunei, Malaysia, Indonesia, China & Taiwan Jika anda berminat untuk membeli product Shaklee, boleh hubungi saya di: Email- wawashaklee@gmail.com Sms/Whatsapp - 017-2595032 Facebook - Wawa Eshoppe dan Kedai Puan Comel. Salam Hormat.

No comments:

Post a Comment