Sunday, 6 January 2013

TIPS MENJADI PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BAHAGIA...

Puan Comel bersama Cik Aisyah Tomey yang berusia 4 bulan


Salam bahagia buat pembaca yang budiman,

Siapa yang tak mahukan kehidupan berumahtangga yang bahagia dan gembira sehingga ke akhir hayat kita kan? Tanyalah sesiapa pun jawapannya pasti sama. Semua pasangan mengimpikan rumahtangga yang dipenuhi dengan kasih-sayang dan saling hormat-menghormati. Kalau di zaman bercinta dulu, bila si kekasih terlanggar batu, batu yang dimarah, begitu jugalah 10 tahun selepas perkahwinan, kita masih mengharapkan batu jugaklah yang kena marah hihihi...Hakikatnya, belum sampai 1 tahun kadangkala, banyak pasangan yang sudah bosan antara satu sama lain.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mendengar masalah kawan2, saya merasakan ilmu agama dan ilmu rumahtangga sangat mempunyai peranan yang besar dalam menentukan 'survival' sesebuah rumahtangga. Saya tidak mahu mengulas terlalu detail mengenai perkara ini, mungkin dilain entry kita akan bercerita panjang lebar. Walaubagaimanapun, rahsia untuk menjadi pasangan suami isteri yang bahagia terlalu banyak untuk saya listkan disini. Saya senaraipendekkan RAHSIA-RAHSIA BESAR dahulu dan kita akan bercerita rahsia-rahsia kecil kemudian nanti ya..=)

  • Suami sebagai nahkoda rumahtangga, ilmu agama kena tiptop, perlu jadi contoh kepada isteri dan anak2. Solat perlu awal dan kerap membaca Al-Quran serta menunjukkan keperibadian yang membuatkan si isteri dan anakmerasa hormat dan merasa bahawa dialah KETUA yang sangat berwibawa dirumah dan dimana sahaja

  • Isteri perlu pandai menjaga keperluan rumahtangga. Perlu selalu masak(walaupun xsedap tetapi suami akan bagi markah tinggi sebab ada effort nak belajar). Rumah perlu sentiasa kemas, Baju anak2 dan suami perlu diurus dengan baik. Penampilan diri perlu cantik sentiasa.Jangan dirumah seperti mat lampir dan bila diluar boleh pulak macam Nora Danish.Ish ish ish... (Hanya kita yang boleh mengubah nasib diri kita, jika masa selalu dijadikan alasan, jangan terkejut jika si suami memandang yang diluar yang lebih rupawan kerana lumrah lelaki memang begitu,hanya iman pengikat hati mereka, jika tiada iman begitulah natijahnya) Namun suami juga perlulah juga menjaga penampilan, jangan istei sudah seperti mak lampir, suami pulak tak ubah seperti Tokwan Lampir lagaknya. Memang punah rumahtangga bila saling salah menyalahkan.

  • Suami perlu ringan tulang membantu kerja2 rumah. Zaman sekarang sudah ramai isteri yang turut keluar bekerja. Jadi pandai2lah bahagi tugas dan kerja rumah seadilnya antara suami dan isteri. Tiada istilah, kerja rumah hanya ekslusif untuk isteri. Ini 'benchmark jika kita nak tahu seseorang suami itu betul2 sayangkan kita atau tidak. Suami yang prihatin akan PRIHATIN perasaan dan hati si isteri walau tiada sepatah kata dikeluarkan meminta pertolongan. Check diri anda bagaimana.
  •  
  • Isteri perlu jaga 3 perkara, kata kebanyakan ilmuan iaitu MAKANAN SUAMI, KEPERLUAN SEKS SUAMI DAN MATA SUAMI. I.A jika ketiga-tiga ini kita jaga, tenanglah hati dan perasaan mereka. Ada juga isteri yang dah menjaga ketiga2 perkara ini tetapi suami masih buat hal, anggaplah ia ujian Allah pada kita kerana mungkin kita ada buat dosa dengan orang lain. Walaubagaimanapun, 3 perkara ini juga terpakai untuk si suami. Jika isteri asyik menjaga segalanya tetapi suami juga buat tak endah keperluan suami, perang jugak akhirnya, tak gitu?
  •  
  • Suami dan isteri perlu ada sikap menerima kekurangan pasangan dan membantu pasangan untuk berubah menjadi lebih baik. Ingat ya, tiada manusia sempurna dan kita juga tidak sempurna. Selalulah bermuhasabah diri dan mohon pertolongan dari Allah.
  •  
  • Amalkan solat berjemaah terutamanya SUBUH,MAGHRIB DAN ISYA'.

  • Amalkan makan berjemaah walau sehari sekali.

  • Virus didalam rumahtangga ialah apabila suami atau isteri tidak menhormati antara satu sama lain. Jangan sesiapa memulakan meninggi suara kerana apa yang kita beri, kadangkala itu yang kita dapat kembali. Sentiasa menjaga tuturkata supaya tidak menyakitkan hati sesama suami dan isteri
  •  
  •  Suami atau isteri ego memang tidak dapat dielakkan terutama si suami tetapi ego perlu bertempat dan berpatutan.

  • Yang paling penting hubungan dengan Allah perlu dijaga dengan baik barulah rumahtangga kita dirahmati dan sentiasa dilindungi Allah.
     
Rasanya cukup itu dulu buat kali ini. Kita akan sambung dientry akan datang pula. Sebelum saya menutup tirai, saya nak kongsikan vitamin-vitamin yang patut diamalkan oleh suami dan isteri supaya kebahagian rumahtangga itu dapat dikekalkan. Bukan apa, bila kita sihat, kita akan lebih bertenaga untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai suami dan isteri. Ini salah satu amalan org2 yang berjaya iaitu mengamalkan pemakanan vitamin atau supplemen. Antara vitamin yang saya nak syorkan untuk isteri2 ialah Bcomplex, GLA dan ESP. Esp ni untuk suami pun bagus, untuk anak2 pun bagus. Pendek kata seisi keluarga boleh guna. GLA dan Bcomplex sesuai sangat untuk betulkan hormon2 org perempuan dan ia juga bagus untuk kulit dan kecantikan dalaman wanita.


 
 




Dan vitamin- vitamin yang perlu diamalkan untuk para suami ialah Zinc dan Vitamin E kerana ianya bagus untu kesihatan dalaman kaum lelaki.


Jadi jika anda suami dan isteri yang prihatin untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan membuat perubahan yang baik untuk hubungan suami dan isteri supaya lebih sihat dan bahagia, boleh hubungi saya di wawashaklee@gmail.com atau sms saya ke 017-2595032 untuk keterangan lanjut. SalamHormat 

No comments:

Post a Comment