Wednesday, 9 January 2013

PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMAKU..OVERDUE 7 HARI.

Bayi overdue yang berusia 3 bulan

....pengalaman bersalin anak pertama selalunya menyakitkan dan agak susah, betul ke??...


Ermmm mungkin statement diatas ada kebenaran dan mungkin juga tak terjadi kepada semua orang. Tapi untuk diri saya sendiri, memang agak 'tragis' dan penuh dengan 'drama minggu ini' hihihi....
Sepatutnya saya dijangka bersalin paling awal hujung bulan 12 dan paling lewat awal bulan 1. Tapi Aisyah ditakdirkan bersalin 10.1.2009 disebabkan saya overdue 7 hari. Wah agak lama jugak kan 7 hari tu. Masih teringat-ingat saya peistiwa 4 tahun lepas bila saya dan suami asyik menghitung hari, tak sabar nak menantikan kelahiran anak sulung kami. Pertama kali kan, tentulah excitednya lebih. Mak saya dan Mertua pun dah sampai ke Miri waktu tu untuk temankan kami membuat persiapan dan persediaan nak jaga cucu sulung disebelah keluarga saya dan cucu kedua keluarga sebelah suami.
Bila hujung2 bulan 12 tu dah berdebar sebab takde tanda2 nak bersalin lagi. Masa tu saya dan suami berharap kalau2 baby nak jadi baby tahun baru. Lepas tahun baru pun masih takde tanda2. Mulalah saya cuak. Makin ramai yang sms, telefon tanya dah bersalin ke belum. Saya dah mula ada rasa bimbang sebab kebanyakan kawan2 saya di Miri ni semuanya bersalin awal seminggu atau awal 2 minggu. Sayalah orang pertama dikalangan kawan2 yang jadi overdue ni.
Suami walaupun Nampak tenang dan rileks tapi saya tahu dia juga gelisah dan tak sabar macam saya. Tapi orang lelaki biasalah kan, control macho lettew hihihi. Hujung bulan 12 kami dah pergi check-up dan Dr.Aida (gynae di Columbia Asia Miri) cakap belum masanya lagi sbb dia check bukaan tapi tak bukak lagi. Ada issue sikit pasal check bukaan ni sebab selama ni saya ingat check bukaan hanya check di hujung2 'pintu' tu saja. Rupanya sangat dalam ye Tuan2 dan Puan2 dan sangat sakit huhuhu...Saya menjerit punyalah kuat dan Dr.Aida terpaksa tarik tangan dia sbb dia cakap 'I tak ble check kalo patient tak rilex' huhuhu..mmg saya tak rilex, scary giler nak check bukaan tu. Saya tak prepare sakitnya begitu sebab tu menjerit sampai suami suruh saya bertenang dan baca selawat banyak2. Waktu tu saya menangis macam budak kecik huhuhu. Then Dr.Aida nak try second time pun tak ble sbb saya duk buat 'keras' hahaha maksudnya tak rileks la sambil tersedu-sedu menangis tak habis-habis lagi.
Dr.Aida cakap saya belum nak bersalin bila tengok keadaan saya tu dan dia suruh kitaorang datang lagi kemudian waktu tarikh betul2 due. Selepas je kejadian check bukaan tu saya dah jadi pelik sikit, Saya agak murung dan over sensitive. Suami pun tak berani nak cakap sembarangan sebab nanti cepat je 'banjir' saya ni. Suami saya banyak bercakap hal2 positif untuk tenangkan saya sebab saya nampak depressed. Satu sebab overdue dan satu lagi saya ni memang jenis penakut hospital, ubat dan segala macam lagi kat hospital. Sebab tu tak boleh masuk hospital lama2 walaupun nak ziarah orang, rasa 'seram' bau ubat dan tengok nurse hihihi...
Bila kami datang lagi waktu betul2 due tu, saya still tak rasa apa2 and Dr.Aida nak check tapi saya macam biasa tak bg kerjasama sangat. Dr.Aida nampak cool walaupun patient dia ni banyak songeh. Dr.Aida tanya beberapa soalan dan check perut and dia cakap saya boleh balik. Tapi mulai esok tu saya kena datang check-up everyday heart-beat baby and nak tengok progress contraction jugak. Dr. Aida tegur saya sebab nampak saya macam depressed. Dia cakap kenapa suddenly saya berubah dari seorag yang ceria and friendly everytime datang check-up and tetiba jadi macm tu. Saya senyap je. Dr.Aida pun cakap i.A takde apa2, baby suka duduk dalam perut lagi tu, jangan risau, and dia pesan suruh cakap2 dengan baby mintak baby keluar cepat hihihi....
So, setiap hari saya datang dengan suami buat baby heart-beat check-up tu dan staf2 Columbia waktu tu mmg diberitahu suruh bagi semangat pada saya kot sebab semua bila jumpa saya asyik bagi motivasi dan bagi positive advice. Walaupun lega sikit sebab tak perlu check bukaan tu lagi buat sementara waktu tapi saya tetap rasa takut bila mengenangkan Dr.Aida aka datang jugak nanti nak check bukaan tu, Memang itu procedurenya kan. Mana boleh lari. Sebab tu sangat takut.
Setiap hari even sebelum overdue tu pun saya akan buat solat hajat dan doa banyak2 supaya Allah permudahkan urusan bersalin saya. Bila jadi overdue macam tu, tawakal pada Allah tu memang sangat tinggi. Saya berserah je samada saya mati ke lepas bersalin, kena operate ke dan macam2 lagi yang saya fikir. Ada sorang kawan saya ni pinjamkan akar Fatimah untuk saya minum supaya cepat bersalin. Ada yang bagi pil dan macam2 petua untuk saya buat. Saya ikut je semua sebab memang harapan tu nak bersalin je cepat2 walaupun takut.
Waktu hari ke 7 tu, pagi2 lagi saya dah rasa kain saya basah, tapi bukan terkencing ke apa. So, saya teringat yang Dr.Aida pesan kalau ada keluar darah atau air, cepat2 ke Hospital. Saya kelam kabut bagitau suami dan mak saya. Barang2 memang dah ready packed tinggal nak bawak je. Kami siap2 and terus ke Columbia. Dr.Aida terus suruh saya admit and dia cakap malam ni atau esok pagi saya akan bersalin. Fuh, mmg saspen waktu tu. Lagi sekali dia nak check bukaan tp saya degil tak bagi jugak. Dr.Aida pujuk2 tapi tak jalan. Sampaikan Dr.Aida terpaksa buat private talk dengan suami. Tak tahulah apa yang dorang cakap. Saya pun tak tahu kenapa saya takut sangat waktu tu.
Yang membuatkan Dr.Aida tak paksa saya sangat untuk check bukaan tu sebab saya tak rasa sakit apa2 langsung. Walaupun ada contraction yang sangat tinggi from CTG machine tu tp saya tak sakit langsung. Dalam report tu, mmg contraction tu level yang paling tinggi skali tp saya tak rasa apa2 sakit pun. Itu yang Dr.Aida pelik sangat2. Dia cakap kalau orang lain dah meraung-raung dah. Dia nak masuk ubat untuk trigger contraction pun tak boleh sbb saya ada contraction cuma saya tak rasa sakit. Then, dia bagi option, tunggu sampai saya rasa contraction tu naturally sampai esok dia bagi masa. Kalau takde jugak mmg akan operate.
Huhuhu, scary scary scary....tak putus-putus saya asyik berdoa, baca Al-Quran supaya saya rasa sakit nak besalin. Saya asyik ulang2 baca Surah Maryam sampailah pukul 11 lebih macam tu saya mula rasa sakit yang menyucuk-nyucuk kat tepi2 perut saya ni. Makin lama makin kerap. Saya bagitahu suami and mak. Mak cakap nak bersalin dah ni. Suami pergi panggil nurse. Nurse datang and dia tanya2 sikit, buat CTG (part ni plg geram sbb dah lah sakit tu tak dapat nak digambarkan, perut saya dibelit-belit pulak dgn CTG ni, mmg rasa nak bukak dan buang keluar tingkap hihihi. Berapa jam sekali nurse akan datang buat check-up sampai Subuh barulah Dr.Aida datang. Disebabkan saya tak bagi nurse check bukaan saya, dorang terpaksalah tunggu Dr.Aida, bila Dr.Aida datang terus dia senyum and dengan cerianya dia cakap, awak dah nak bersalin ni, nak pakai epidural tak? Suami macam tak sure nak buat decision. Then Dr.Aida cakap disebabkan keadaan saya yang takut sakit untuk check bukaan dan sebagainya, dia advisekan saya ambil epidural. Saya pun setuju sambil angguk2 kepala, tapi mata tutup sebab tahan sakit.
After subuh, dorang dah prepare untuk Epidural procedure and doctor cina lelaki yang buat time tu. Waktu tu mmg darurat dan takde choice dah, mmg dia sorang je anaes yang ada di Columbia. Terpaksalah merelakan walaupun tak rela sebenarnya huhu.
Bila dah selesai, saya pun dimasukkan dalam Labour Room. Dalam ni pun banyak drama jugak. Bila Dr.Aida check yang ubat Epidural tu dah take effect, dia terus check bukaan saya dah 6cm. Dia cakap ok dia nak balik tukar baju sekejap sebab dia datang tengok saya awal before Subuh lagi. Dr.Aida cakap sempat sebab selalunya 1 jam 1cm akan bukak. Tak sampai 10 minit Dr.Aida pergi saya dah rasa macam baby dah nak keluar time tu. Saya panggil nurse and dorang check and nampak rambut baby. Terus nurse call Dr.Aida and dia pun terpaksalah patah balik hihi. Sebenarnya rumah dia dekat je dengan Columbia tu. That's why yang dia boleh decide nak balik kejap.
Dr.Aida sampai dan ajar teknik nak push pada saya. Disebabkan saya amik Epidural, so contraction saya based on CTG machine tu. Bila contraction tinggi baru Dr.Aida suruh saya push. Dalam labour room tu dah jadi macam stadium bola, dengan suara suami yang bagi semangat macam tengah sokong team MU main final, dengan suara nurse and Dr.Aida lagi, memang gawat, rasa macam nak cakap boleh tak semua orang tolong diam. Saya nak concentrate ni nak push, bisinglah hihihi. Tapi tak cakap pun, mata saya asyik tutup je sebab saya taknak tengok segala alatan yang Dr. and nurse tu guna waktu tu.
Mula2 Dr.Aida puji saya pandai push, lama2 tu macam tersalah pulak, and Dr.Aida dah cakap saya kena cepat sebab kepala baby dah half keluar kalau tak nnti kena terus ke OT. Saya yang dengar tu terus rasa scary and sedaya upaya paksa diri untuk push jugak. Petuanya ialah jangan angkat punggung anda, push bukan macam nak buang air besar (kalo push macm ni mmg confirm bukan keluar baby tp keluar benda lain dulu) tapi tolak angin dari perut ke bawah. Hanya yang mengalaminya sahaja yang faham maksud saya ni.
Last skali, bila saya push dengan sekuat hati, saya dengar bunyi macam slurrrrp gitu and rasa ada benda yang laju je keluar dari perut. Terus dengar suara Aisyah yang kuat giler menangis. Keluar tu terus membuang plak tu Si Aisyah ni.hihiTapi Dr.Aida cakap bagus sebab membuktikan system dia berfungsi secara baik. Bayi overdue saya dilahirkan secara normal seberat 3.5kg ye, sangat besar nak dibandingkan dengan Ummi dia yang kecik je. Dr.Aida pun terkejut sbb dia expect 3.1kg macam tu je. Anyhow, thanks a lot Dr.Aida yang banyak sangat bersabar dengan kerenah patientmu yang banyak songeh sangat ni dan sangat relax and cool diwaktu-waktu critical saya. Sampai sekarang Dr.Aida kenal saya dan Aisyah. Nampak sangat kan.hihihi.
Ok, saya akan sambung lagi pengalaman post-bersalin saya dalam entry selepas ini beserta set bersalin Shaklee. Sebelum tu, nak share yang ESP sangat bagus untuk ibu2 mengandung dan ibu2 yang nak besalin untuk tambah energy waktu nak 'berperang' di labour room nanti. Minuman penuh khasiat ni memang berbaloi membeli dan berbaloi untuk anda menggunakannya.
Jika anda berminat untuk membeli ESP ni, boleh hubungi saya di wawashaklee@gmail.com atau sms saya di 017-2595032 untuk maklumat lanjut. Salam Hormat.





No comments:

Post a Comment