Thursday, 10 January 2013

PENGALAMAN BERPANTANG KALI PERTAMA...

Wah, sebut berpantang je, teringat kunyit hidup. Macam sinonim sangat kunyit hidup dan acara-acara berpantang ni. Ye, memang banyak sangat khasiat kunyit hidup ni, antaranya nak buang angin, awet muda dan nak hilangkan parut di perut atau orang Uganda cakap 'stretch mark'.

Tapi bukan itu yang saya nak kongsikan hari ini dengan anda semua, saya nak bercerita tentang post-natal experience waktu bersalinkan Aisyah dan senarai Set Berpantang Shaklee yang ada. So, stay tune with me ok...=)

Selepas bersalinkan Aisyah pada 10/1/2009 pada pukul 9.16 pagi, saya ditahan selama satu hari disebabkan saya tak berapa stabil sangat time tu. Right after bersalinkan Aisyah, saya excited nak pegang Aisyah tapi, tahap ke'excited'an itu merudum bila ternampak Dr.Aida duk prepare nak 'jahit' saya..huhu..scary tak abis lagi. Dr.Aida yang perasan muka saya kelat2 gitu tanya kenapa saya tak happy sebab baby dah keluar. Saya tak mampu nak jawab sbb perasaan takut tu lebih dominant time tu. Pelik betul saya kan. Sebenarnya tak rasa sakit pun waktu Dr.Aida jahit tu sebab saya kan ambil Epidural. 

Lepas dah selesai sesi menjahit dan nurse pun dah bersihkan saya, diaorang sorong saya untuk masuk dalam bilik. Part ni bestlah sebab saya tak share bilik dengan orang. Petronas tanggung semua kos perubatan saya, jadi agak selesa untuk suami dan mak saya jugak untuk berehat dalam bilik. Tapi time tu saya muntah hijau, muntah yang keluar dari perut sebab saya tak makan sejak dari sakit contraction malam tu lagi. Dr.Aida cakap mungkin side effect Epidural jugak. Dr.Aida advicekan suami dan mak saya supaya biarkan saya rehat sepuas-puasnya dan jangan ganggu saya even untuk makan, sebab saya dah bertarung sakan sangat sejak malam dan pagi tu.

Sebelah petang saya dah bertenaga sikit dan dah boleh borak2 dengan kawan2 yang datang ziarah. Aisyah pun saya dah boleh susukan sebab nurse datang tanya samada saya nak menyusu baby atau bagi susu formula. Of course saya pilih nak menyusukan sebab awal2 macam tulah susu ibu paling banyak berkhasiat sebab ada kolostrum. Nanti kita cerita panjang bila saya buat entry tentang set penyusuan Shaklee.

Saya masih ingat bila nurse nak datang check perut, saya macam emo sikit sebab nurse tu tekan perut saya kuat2. Saya ni dah la penakut, memang sensitif sangat bila nurse tu check macam tu. Kemudian, dia tanya saya dah membuang ke belum. Saya cakap belum, dan bagi alasan sebab tak terasa nak membuang pun. Dia tekan bahagian usus diperut saya dan terus saya pun rasa nak membuang. Ceh, nurse tu tahu pulak taktik penakut saya tu. Bery cleber la u makcik nes!!

Dipendekkan cerita, saya pun dibenarkan balik keesokan harinya. Bermulalah pengalaman berpantang dirumah dengan dibantu suami dan mak saya. Mak banyak tolong ajar suami cara nak mandikan Aisyah dan macam2 lagi. Suami saya pula cekap dalam bab2 begini. Memang sepanjang berpantang tu, suami yang banyak uruskan keperluan Aisyah. Sebelum pergi kerja, suami saya akan mandikan Aisyah dan pastikan keperluan saya mencukupi dan mak saya pulak banyak membantu untuk masakkan makanan untuk saya yang berpantang dan juga untuk suami. Mak jugak yang banyak uruskan kerja2 rumah.Terima kasih mak sebab banyak berkorban even anakmu ini dah berkahwin besor panjang gini. Terima kasih jugak buat suami yang banyak berkorban duit,masa, tenaga dan sebagainya untuk pastikan saya selesa pada waktu2 kritikal ni (kritikal lah sangatkan)

Sepanjang saya berpantang tu saya tak sempat nak makan segala set2 herba yang saya beli sebab saya dinasihatkan Dr.Aida untuk habiskan vitamin2 yag dia bagi dulu. Time tu tak jumpa lagi dengan Shaklee. Berdasarkan testimoni2 pelanggan, memang set bersalin Shaklee ni sangat membantu dari pelbagai sudut seperti energy booster dan mengawal hormon untuk tak stress dalam tempoh 'larangan' ni.

Saya tumpah darah pada hari ke 7 yang membuatkan saya pitam dan darah turun macam air paip. Mak saya pun pening dan suamilah yang angkat saya, tukarkan pakaian dan cuci segala2 darah sebelum saya dibawa semula ke hospital. So, pengajaran, waktu berpantang, pantanglah betul2, jangan rajin sangat nak kemas rumah macam saya. Angkat itu ini sampai tumpah darah yang boleh membawa maut  according to Dr.Aida, sebab kita dah keluar darah banyak waktu bersalin, tiba2 keluar banyak lagi, mmg sangat bahaya time tu. Alhamdulillah Allah panjangkan umur saya sampai sekarang,

Bila dah sihat, saya still teruskan makan vitamin2 yg Dr.Aida bagi, mmg tak sentuh langsung herba2 yang lain. Vitamin yang Dr.Aida bagi ada Zinc, Calcium and Multivitamin. Memang bagus, tapi rupanya set bersalin Shaklee lebih bagus dan lengkap. Memang puas hati kalau anda menggunakannya. Kenapa? Jom check satu persatu.

Set Berpantang Shaklee/ Set Bersalin Shaklee

Penting sebab ia mengandungi iron formula untuk ibu bersalin yang banyak kehilangan darah


Vitamin ni memang perlu untuk ibu berpantang sebab ia dikenali sebagai vitamin anti stress atau vitamin mental. Ia baik untuk stabilkan hormon ibu bersalin.


Vitamin C selain bagus untuk kulit iaitu untuk pembentukan kolagen, ia juga berfungsi sebagai antibodi badan  untuk bantu sistem imun badan kita dan juga bayi untuk ibu yang menyusu. Baik untuk penyembuhan luka dengan segera.Memperbaiki tisu sel yang rosak selepas bersalin .
Sangat penting untuk baik pulih luka dalaman dalam rahim. Zinc Shaklee sangat bagus sebab ada barley dan Alfalfa sekali. Ibu2 after bersalin yang ada masalah sembelit memang disyorkan sangat sebab saya dulu menderita juga disebabkan sembelit selepas bersalin ni. Disamping itu, khasiat Alfalfa yang juga menjadi milk booster untuk ibu2 yang menyusu


Set asas bersalin ada 4 vitamin sebenarnya tetapi jika anda nak add-on untuk set penyusuan, anda boleh tambah ESP dan Ostematrix. Memang berbaloi!!!

Jika anda berminat untuk mendapatkan set2 berpantang dan set penyusuan  ini, anda boleh hubungi saya di wawashaklee@gmail.com atau sms saya di 017-2595032 untuk maklumat lanjut. Salam Hormat.

No comments:

Post a Comment