Thursday, 3 January 2013

JOM KONGSIKAN PENGALAMAN MENGANDUNG ANDA..HANYA UNTUK ISTERI-ISTERI


Ops, itu bukan saya ya (obviously lah kan). I just think that the photo is so cute hihi. Courtesy from Google.

Ok sebenarnya, entry kali ni saya nak bercerita tentang pengalaman saya mengandungkan Aisyah, anak perempuan sulung saya tu. Banyaknya kenangan2 manis dan kenangan2 tragis (hihi) semasa mengandungkan Aisyah.

Masih saya ingat selepas 8 bulan diijabkabulkan, alhamdulillah akhirnya saya disahkan hamil oleh Doktor. Tak terungkap lafaz kesyukuran tatkala mendapat berita yang sangat menggembirakan itu. Sebulan berlalu dan saya masih ceria dan gembira menjalani hari-hari sebagai ibu mengandung. Limpahan kasih sayang yang dicurahkan oleh suami menambahkan kemanisan hari-hari yang saya lalui.

Walaubagaimanapun, langit tidak selalu cerah (saspen gitu)....Selepas sebulan saya mula demam panas yang sangat teruk dan bermulalah detik-detik alahan yang teruk atau org Zimbabwe cakap 'morning sickness'. Alahan saya berlansung selama 5 bulan ye Tuan2 dan Puan2 sekalian. Selama itu saya tak dapat makan dengan sempurna dan saya hanya terbaring kelemahan dikatil. Saya alah kepada dapur rumah saya terutama bau sayur. Baru je saya intai pintu dapur, kepala saya dah berdenyut dan tekak mula meloya. Saya juga alah kepada bunyi bising. Even suami dah perlahankan bunyi TV pun saya membebel-bebel cakap TV ni kenapa bising sangat (hihi,emo habis dengan TV). Rancangan yang paling saya tak suka ialah Raja Lawak. Pantang terbuka sikit je, mulalah saya rasa nak tutup terus TV tu (mmg dasat pesyen alahan saya ni hihi). Saya juga alah pada suami. Kasihan suami saya yang hanya mampu bersabar dengan kerenah ibu mengandung ni. Sampaikan saya tak boleh nak bercakap dengan suami, kebanyakannya melalui SMS sahaja. Saya akan rasa nak muntah dan sakit kepala bila bercakap dengan suami.(kihkihkih teruk betul kan). Dan lagi satu, saya tak tahan panas. Rasa nak masuk dalam peti ais dan membeku disitu. Kebetulan cuaca di Miri memang agak panas dikawasan rumah saya. Setiap hari rasa nak makan aiskrim. Saya siap buat sendiri aiskrim Malaysia tu (eh sanggup pulak tu hihi) Lagipun, saya tak boleh makan nasi dan takde selera nak makan apa2 pun. Saya hanya makan aiskrim, air masak, susu Anmum yang dibancuh oleh suami setiap hari (ni salah satu syarat saya pada suami kalau nak galakkan saya minum susu hihihi) dan bubur McD. Itu je yg boleh masuk tekak saya. Yang lain semua no entry. Keluar balik.

Yang paling penting saya nak kongsikan disini, apa yang membuatkan saya 'survive' even tak makan makanan yang berkhasiat dalam tempoh 5 bulan, saya tak meninggalkan segala suplemen yang dibekalkan oleh Doktor. Alhamdulillah, thanks to Petronas sebab tolong bayarkan semua kos2 perubatan saya. (Suami saya jurutera di Petronas) Jadi semua suplemen yang Doktor bekalkan saya makan ikut jadual sebab khasiat lain saya tak dapat dari makanan. Walaupun ramai yang menegur berat badan saya yang kurang dan tubuh saya yang kecil seperti tidak mengandung (kata mereka lah hihi) tapi my baby was doing fine inside. Doktor cakap, jangan risau sebab my baby ok progressnya. Alhamdulillah.

Sampai ke trimester akhir pun, saya masih mengamalkan suplemen dan ianya banyak membantu kesihatan tubuh saya sepanjang tempoh2 kritikal itu (hihi) Cuma terkilan sebab saya kenal SHAKLEE selepas saya dah melahirkan Aisyah. Ada banyak perbezaan suplemen Shaklee dengan suplemen2 yang saya ambil dahulu terutamanya tentang kandungan nutrisi dan bahan2 yang terkandung dalam suplemen tu. Alhamdulillah walaubagaimanapun, namun jika ditakdirkan saya mengandung untuk kali kedua, pastinya suplemen2 Shaklee akan menjadi pilihan saya. Dah ramai yang consume suplemen Shaklee semasa tempoh kehamilan dan kebanyakannya berpuashati dengan hasil dan kesan suplemen ini. Bukan saya katakan suplemen lain tak bagus, tapi anda boleh nilai dan kajilah sendiri kandungan suplemen2 itu sebelum menggunakannya dan buatlah keputusan secara bijak. Anda berhak untuk mendapat yang terbaik, begitu juga dengan bayi anda.
Puan Comel bersama Cik Aisyah Tomey=)
Di Shaklee, kami menawarkan Set Kehamilan lengkap sepanjang 3 Trimester yang bakal anda jalani. Untuk Trimester 1 (1-3 bulan) Set Kehamilan EU-FOUR PACK Shaklee terdiri daripada:

Baik untuk bekalan Kalsium kepada bayi dan Ibu.


Anti-stress supplemen yang membantu mengurangkan stress dan kemurungan ketika hamil

Vitalea @ Multivitamin yang baik untuk kesihatan secara menyeluruh pada tubuh badan

Vitamin antibodi yang sangat bagus untuk sistem ketahanan badan dan bagus untuk kulit


Manakala untuk Trimester Kedua dan Ketiga, Set Kehamilan Shaklee terdiri daripada:



Berfungsi sebagai antibodi untuk tubuh dan baik untuk kulit
Anti-stress dan rawat mood swing preggy mommy=)



Baik untuk perkembangan otak bayi kerana megandungi DHA
Vitale sebagai vitamin am yang baik untuk kesihatan menyeluruh.



Sangat baik untuk memenuhi keperluan kalsium ibu mengandung dan juga baik untuk gigi dan tulang bayi


Yang ini WAJIB ada tak kiralah anda pregnant  Trimester keberape ke, berpantang ke, menyusu ke atau untuk kegunaan harian. BEST SELLING PRODUCT!!! Encik suami, tolonglah beli ini untuk isteri-isteri anda jikalau anda sayangkan mereka
 (Betul, tak tipu sbb saya dah menggunakannya sendiri)


Jadi, buat pilihan yang bijak untuk kesihatan keluarga anda. Jika anda mempunya sebarang pertanyaan, sila email saya ke wawashaklee@gmail.com atau sms ke 017-2595032 untuk maklumat lanjut. Salam Hormat. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment