Thursday, 17 January 2013

5 FAKTOR UTAMA MENGAPA PENYUSUAN SUSU IBU TIDAK BERJAYA

"....leceh lah menyusu ni, banyak benda yang nak kena buat..""....guna je susu formula, jimat masa dan tenaga,lagipun senang nak buat kerja lain...""....kalau you kerja, better you guna susu formula dari awal, nanti senang nak bagi anak susu botol..."

Cik Aisyah Tomey yang menyusu selama 2 tahun 7 bulan



Wah wah banyaknya alasan dan sungguh pesimis statement2 diatas ye. Erm, berdasarkan pengalaman sendiri, melihat pengalaman kawan2, respon customer dan melalui pembacaan saya, terdapat 5 FAKTOR UTAMA mengapa perjalanan penyusuan susu ibu kurang berjaya atau gagal.

1) Negative Mindset atau Berfikiran Negatif
- sebelum anda memulakan penyusuan sudah tidak yakin dengan kemampuan diri. Terlalu banyak 'unnecessary' thing yang sepatutnya di usir jauh2 dari kotak pemikiran anda. Jika fikiran negatif ini mendominasi diri anda, just say GOOD BYE to breastfeeding. Anda tidak akan mampu nak menjayakannya. Yakin boleh i.A Allah bantu. Sentiasa berfikiran positif untuk memberi yang terbaik buat anak2 kita. Susu ibu terbukti yang terbaik buat bayi anda.So, sedari mengandung lagi, fikirkan yang baik2 dan indah2 sahaja tentang penyusuan susu ibu.InsyaAllah yang baik2 dan indah2 juga yang akan mengikuti hidup anda.





2) Banyak beralasan
  - bagi saya HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU ALASAN. Erm begitulah fenomena yang berlaku kepada sesetengah ibu2 yang tidak berjaya menamatkan penyusuan susu ibu untuk 2 tahun hatta untuk 6 bulan sekalipun. Terlalu banyak alasan yang diberikan, antaranya tak sempat, penat, stress, rimas,leceh dan pelbagai lagi. Jika anda betul2 NAK menyusukan bayi anda sebaiknya, i.A alasan2 tadi tak akan wujud dalam pemikiran anda. Kalau ada pun, datang sekejap2 dan anda berjaya mengatasinya sebab keinginan anda yang kuat itu berjaya mengalahkan halangan2 ini. Ingat ya, setiap kali terbit alasan untuk berhenti menyusu, ISTIGHFAR dan mohon bantuan kekuatan dari Allah. Sesungguhnya rezeki susu anak itu datang darNYA jua.






3) Malas
 - penyakit ni kalau menjengah ibu2 menyusu memang tak dapek eden nak nolong. Bila malas, ibu akan kurang motivasi dan akan cari jalan pintas dengan memberikan susu formula. Untuk penyakit ini, saya syorkan banyakkan doa untuk buang sifat malas dalam diri dan betulkan niat untuk memberikan yang terbaik buat bayi anda.

Amalkan doa ini dalam kehidupan seharian kita. Bagi yang amalkan Ma'thurat doa ini  mmg selalu dibaca kan..=)






4) Less water intake atau kurang minum air putih sepanjang proses penyusuan
 - banyakkan minum air putih, bukan air berperisa kerana ia membantu melancarkan proses penghasilan susu ibu. Again, kalau malas dan tak suka minum plain water, eden tak dapek nak nolong, ini antara basic asas untuk sihat bukan sahaja untuk penyusuan. At least pastikan 3 liter sehari. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.






5) Yang terakhir, Diet tak seimbang
-selalunya ibu2 menyusu akan makan 'ikut dan' bak kata orang Switzeland. Maksudnya makan main hentam mana yang ada depan mata dan mana yang sedap tanpa mempedulikan samada apa yang anda makan itu berkhasiat atau tidak. Faktor pemakanan ibu sangat berkait rapat dengan penghasilan dan kualiti susu yang akan diberi kepada bayi anda. Jika anda tidak dapat nak pastikan yang diet anda merupakan diet sihat dan seimbang, disinilah fungsi vitamin membantu ibu2 untuk kekal sihat bertenaga untuk menyusukan bayi dan menangkis segala mehnah dan tribulasi(perghh ayat macam nak gi perang kan?) sepanjang proses penyusuan. Supplement Shaklee sangat membantu saya dahulu kerana, saya rasa lebih bertenaga, emosi sangat stabil dan surprisingly rasa happy je everyday (ni kesan Bcomplex), susu saya lebih berkualiti dan alhamdulillah saya berjaya melalui waktu2 kritikal itu dengan jayanya. Yeayyeah, syukur Alhamdulilllah. 

So, if anda juga komited untuk menjayakan penyusuan susu ibu, perlu ada keazaman yang tinggi dan 5 faktor yang saya sebutkan tadi perlu diperangi dan ditangani habis-habisan. Man jadda wa jadda. Bit tawfeeq wannajah ya semua!!!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee Miri Sarawak, Brunei, Malaysia, Indonesia, China & Taiwan Jika anda berminat untuk membeli product Shaklee, boleh hubungi saya di: Email- wawashaklee@gmail.com Sms/Whatsapp - 017-2595032 Facebook - Wawa Eshoppe dan Kedai Puan Comel. Salam Hormat.

No comments:

Post a Comment