Wednesday, 19 December 2012

8 RAHSIA UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSUIBU

Salam Mesra Salam Sihat untuk semua pengunjung2 blog ini. Pada kali ini saya nak kongsikan tips2 untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Jom baca sama-sama..=)


8 RAHSIA UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU


1.KERAPKAN MENYUSU / MENGEPAM

•Untuk ibu2 yang direct feeding, susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.

 •Untuk ibu2 yang nak buat stock susu, perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.

•Ibu menyusu perlu faham konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.

•Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.


2. JANGAN TUNGGU SUSU PENUH DALAM PAYUDARA

•Mungkin ada ibu2 yang menyusu, menunggu sehingga terasa susu penuh dalam payudara sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan atau payudara sudah sedia untuk dipam. Anggapan ini tidak tepat sama sekali.

•Payudara ibu menyusu akan sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.


3. MINUM LEBIH BANYAK AIR

·   Pastikan ibu-ibu yang menyusu minum air yang banyak sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


4. BERDISIPLIN DAN ISTIQAMAH

·   Berdisplin dan Istiqamah ketika memerah susu. Jangan SKIP sesi pemerahan atau direct feeding walaupun pada hujung minggu bagi ibu-ibu yang bekerja.


5. TENDUM PUMPING

·   Disiplinkan diri untuk menyusu dan pump susu serentak. Teknik ini boleh meningkatkan penghasilan susu dan sangat berguna untuk ibu2 bekerja yang nak buat stock susu.


6. TEKNIK MARMET (PAM + URUT)

·      Teknik ini adalah dengan memerah susu menggunakan tangan selepas menggunakan pam. Contohnya, anda pump selama setengah jam dan diikuti dengan sesi perahan menggunakan tangan. Teknik ini juga digunakan oleh ibu2 menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi http://www.breastfeeding.com/.


7. PENGAMBILAN SUPPLEMENT

·      Pengambilan supplement sangat penting pada zaman sekarang bagi ibu2 yang menyusu. Boleh rujuk entry yang lepas “KENAPA TUBUH KITA MEMERLUKAN SUPPLEMENT”

·      Antara supplement yang sangat membantu ibu2 untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun ialah ESP (Energizing Soy Protein) –antara kesan yang saya alami ialah, susu jadi lebih pekat dan baby cepat kenyang. Supplement yang lain ialah, Vitamin C, Vitalea, Bcomplex, Osteomatrix dan Alfalfa sebagai milk booster.

8.RAHSIA YANG PALING PENTING UNTUK BERJAYA DALAM PENYUSUAN SUSU IBU ADALAH:

·         Niat yang baik i.A dipermudahkan Allah

·         Sentiasa berdoa supaya diberi kesabaran dan kesihatan tubuh untuk menyusu

·         Jangan MALAS, jangan MERUNGUT dan jangan BANYAK BERALASAN

·         Sentiasa berfikiran positif dan gembira untuk menyusu bayi anda.

Tiada jalan pintas untuk berjaya..USAHA-ISTIQAMAH-TAWAKAL..Jadi tunggu apa lagi..Jom sertai kami sebagai pengguna SHAKLEE sekarang.Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 017-2595032/wawashaklee@gmail.com

No comments:

Post a Comment